21 Mac 2023 : Satu kursus kepimpinan anjuran Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal telah berlangsung pada hari ini dengan dihadiri oleh 24 orang calon Majlis Perwakilan Pelajar ILP APNT Sesi 2023/2024. Penceramah jemputan pada kursus kali ialah para Pegawai Psikologi dari JMTI iaitu En. Muhammad Khairul Iqkhwan Bin Zaber, En. Wan Alif Aiman Bin Wan Kamal, En. Azafrie Hazzim Bin Zaifful Hazamy, Pn. Nor Fadzilah Binti Abdul Rahman dan Pn. 'Ulya Binti Ahmad Zakuan.
Tujuan kursus ini adalah untuk mengukuhkan peranan dan menyerlahkan lagi daya kepimpinan serta melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa. Kursus ini menyediakan ruang berinteraksi dan perbincangan secara santai kepada para peserta untuk membina potensi diri melalui aktiviti - aktiviti yang disediakan.
Diharapkan dengan pelaksanaan Kursus Kepimpinan: Tranformasi Pemimpin (TPe) kepada bakal Calon Majlis Perwakilan Pelajar ILP APNT kali ini dapat menyerlahkan lagi potensi pembangunan diri dari aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum. Semoga pengisian kursus ini memberi kesan dan impak kepada yang hadir.