KJP Webinar Apa selepas Ramadhan

26 Mei 2023 (Jumaat) : Program Kursus Jangka Pendek ILP APNT telah diadakan bertajuk Apa Selepas Ramadan?. Pengisian ilmiah ilmu agama ini dilaksanakan bersempena dengan National Training Week (NTW) yang berlangsung sepanjang 22 - 26 Mei 2023. Pelaksanaan Ceramah Agama ini adalah penutup Program NTW yang ILP APNT anjurkan pada tahun ini.

Majlis ilmu, taman syurga yang diadakan pada hari yang barakah, Jumaat penghulu segala hari disampaikan oleh Pengajar Subjek Umum ILP APNT, al-Fadhil Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Salleh.

Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk umat Islam melaksanakan amal ibadah kerana telah dijanjikan oleh Allah Taala akan keberkatan dan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Justeru, dalam ceramah kali ini dibincangkan apa yang perlu dilakukan selepas berakhirnya bulan Ramadan. Topik yang menarik ini telah dikupas dan dikongsikan dengan peserta oleh al-Fadhil ustaz bagi dijadikan pedoman hidup sebagai Umat Islam.

Semoga dengan ilmu agama yang telah diperolehi peserta ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam menjalani kehidupan seharian.

Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang telah sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT di talian 045956000.