30 September 2024 telah dijalankan Program Kursus Jangka Pendek ILP APNT yang bertajuk Microsoft Excel Advanced yang disertai oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan.
Kursus yang dihadiri oleh 10 orang peserta ini memberi pendedahan ilmu kemahiran dalam menganalisa data dan penulisan laporan menggunakan perisian Microsoft Excel. Pengajar yang melaksanakan kursus ini ialah Puan Zuliyati Jemadar dari Bahagian Multimedia Interaktif.
Semoga ilmu kemahiran yang telah dipelajari selama 1 hari di institut ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan membantu dalam urusan kerja yang dipertanggungjawabkan.
Sekiranya ada agensi kerajaan atau syarikat swasta berminat untuk mengadakan kursus seperti ini atau tajuk-tajuk lain yang kami sediakan, boleh terus menghubungi Unit CESS ILP APNT.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”