18 Mei 2023 (Khamis) : ILP APNT Dengan Kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal telah menganjurkan kursus jangka pendek Asas Penjagaan Kenderaan Bagi Wanita.
Kursus yang ditaja sepenuhnya oleh Ahli Parlimen Nibong Tebal, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek ini telah disertai oleh 30 orang peserta dari pelbagai latar belakang penduduk yang menetap di kawasan Parlimen Nibong Tebal.
Kursus ini difokuskan kepada peserta yang terdiri dari kaum wanita yang menjalani rutin harian dengan memandu kenderaan. Kursus ini telah dilaksanakan secara latihan teori dan amali di Bengkel Teknologi Automotif ILP APNT.
Semoga dengan ilmu kemahiran yang telah dipelajari sepanjang 1 hari berkursus di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal pada kali ini dapat membantu para peserta dalam mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang automotif.
Pihak pengurusan Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal amat menghargai dan berbesar hati kerana dapat diberi peluang menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti setempat. Semoga kerjasama yang erat antara institut ini dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal dapat diteruskan lagi demi manfaat seluruh warga penduduk kawasan Parlimen Nibong Tebal.