
Daripada jumlah tersebut, seramai sembilan orang pelajar mengikuti bidang Teknologi Industri, manakala 21 orang pelajar mendaftar dalam bidang Teknologi Media Kreatif. Program ini ditawarkan sebagai inisiatif untuk memberi peluang kepada peserta meningkatkan kemahiran yang lebih spesifik dan berfokus, selaras dengan keperluan industri semasa serta aspirasi pendidikan TVET negara.
Program Micro Credential ini dirangka secara fleksibel dan berorientasikan kemahiran praktikal bagi menyokong pembangunan kompetensi profesional, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Pendaftaran ini merupakan langkah awal para peserta dalam memperkasa kemahiran diri dan memperluas peluang kerjaya melalui pendekatan latihan TVET yang relevan, dinamik dan progresif.









