30 Oktober 2023 (Isnin) : Satu program bimbingan kerjaya untuk pelajar semester akhir telah diadakan di auditorium ILP APNT. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan kesiapsiagaan semua pelajar semester akhir sebelum bergelar sebagai pekerja industri.
Pada semester ini, pihak institut amat berbesar hati kerana menerima kehadiran para pegawai dari Pejabat PERKESO Negeri Pulau Pinang dalam memberi penerangan dan taklimat kerjaya kepada pelajar.
Pihak PERKESO juga telah membantu pelajar dalam mendaftar dan mengisi maklumat dalam portal MyFutureJobs. Semua pelajar institut ini telah berjaya mewujudkan akaun MyFutureJobs masing-masing yang akan membantu mereka untuk mencari pekerjaan yang sesuai nanti.
Semoga program pada kali ini dapat memberi manfaat dan menambahkan keyakinan para pelajar ILP APNT untuk bergelar sebagai seorang pekerja industri.
Diharapkan juga bakal graduan ILP APNT pada semester ini berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan seterusnya menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.