Program Bimbingan Kerjaya Pelajar Semester Akhir

Aktiviti Pelajar

 
24 April 2025 : Program Bimbingan Kerjaya kepada pelajar Semester Akahir adalah program wajib untuk pelajar sebelum meneroka alam pekerjaan. Modul yang dipelajari adalah seperti Panduan Pendaftaran Portal MyFutureJobs, Resume Writing, Etika Pemakaian dan Panduan Menghadiri Temuduga.
 
Program ini dimulakan dengan Slot Latihan Industri yang disampaikan oleh Pegawai Unit CESS ILP APNT iaitu Puan Norazlina bin Budin dan para pegawai dari PERKESO.
 
Seterusnya sesi ujian psikometrik dan RIASEC telah dilaksanakan Pegawai Psikologi ILP APNT, Puan Noor Hidayah binti Abu Bakar bersama Kaunselor Pelatih, Puan Nur Diana binti Abu Hassan.
 
Semoga program pada kali ini dapat memberi manfaat dan menambahkan keyakinan para pelajar ILP APNT untuk bergelar sebagai seorang pekerja industri.
 
Diharapkan juga bakal graduan ILP APNT pada semester ini berjaya mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan seterusnya menjadi penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
 
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”