Bacaan IKRAR Belia Malaysia

bacaan ikrar

15 Mei 2024 (Rabu) : Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2024, bacaan Ikrar Belia Malaysia telah pun selesai dilaksanakan di ILP AP Nibong Tebal oleh para pelajar pada pagi tadi.

Bacaan ikrar tersebut telah pun dilaksanakan di tapak perhimpunan setiap bengkel dan disaksikan oleh Ketua Bahagian dan Ketua Jabatan pada bahagian tersebut. Sambutan ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia yang telah menyumbang dalam aspek pembangunan negara.

Semoga pelajar ILP AP Nibong Tebal akan terus menjadi belia yang berwibawa dan cemerlang dalam segala aspek serta berakhlak mulia dan menjadi insan yang unggul.

Belia Malaysia, Yakin Boleh!

 

“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”