Teknologi
Percetakan Digital
Membina kemahiran dalam teknologi percetakan digital, pengendalian mesin, pengurusan warna, sistem RIP, penyelenggaraan serta aplikasi digital dalam industri.
Kenali Program →
Percetakan Digital Moden
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam mengendalikan pelbagai jenis mesin percetakan digital terkini serta menghasilkan cetakan pada pelbagai material mengikut kesesuaian teknologi dan mesin.
Pelajar turut didedahkan kepada proses penyediaan imej, pengurusan warna, sistem RIP, rangkaian workstation serta penyelenggaraan mesin percetakan digital.
Teknologi yang Dipelajari
Flatbed Printer
Pelajar diperkenalkan kepada teknologi flatbed printer bagi menghasilkan cetakan terus pada pelbagai material yang bersesuaian.
Digital Press
Pendedahan kepada penggunaan mesin digital press untuk penghasilan bahan bercetak secara pantas dan berkualiti.
Roller Printer
Pelajar mempelajari asas pengendalian mesin roller printer serta pemilihan material yang sesuai untuk sesuatu hasil cetakan.
RIP System
Penggunaan pelbagai jenis RIP System bagi mengurus, memproses dan memantau tugasan percetakan digital.
Kemahiran yang Dikuasai
Image Editing
Penyediaan dan pengubahsuaian imej serta tulisan menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator sebelum proses percetakan.
Colour Management
Mempelajari teknik pengurusan warna bagi menghasilkan warna cetakan yang lebih tepat, konsisten dan optimum mengikut standard yang ditetapkan.
Server & Workstation
Pendedahan kepada pembinaan rangkaian server bagi menghubungkan kumpulan mesin percetakan digital dan workstation.
Digital Printer Maintenance
Pelajar mempelajari kaedah pemeriksaan dan penyelenggaraan mesin percetakan digital bagi memastikan operasi berjalan dengan baik.
Pelbagai Material Cetakan
Kertas
Penghasilan pelbagai bahan bercetak menggunakan kertas mengikut kesesuaian mesin dan jenis produk.
Kain & Tekstil
Pendedahan kepada teknologi percetakan pada material kain dan tekstil menggunakan mesin yang bersesuaian.
Plastik
Penghasilan cetakan pada material plastik mengikut spesifikasi dan kemampuan mesin percetakan digital.
Kaca & Material Khas
Pendedahan kepada percetakan pada kaca dan material khas lain berdasarkan kesesuaian teknologi percetakan digital.
Peluang Kerjaya
Peluang Kerjaya yang Pelbagai
- 01
Digital Media Technician
- 02
Digital Printer Maintenance Technician
- 03
Printing Service Technician
- 04
Operator / Penyelia Mesin Cetak Digital
- 05
Mobile Application Assistance Developer
- 06
Assistance Web Designer
Tenaga Pengajar
Mohd Hafiz bin Abu Bakar
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Zarina Marian bt Ridzwan
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Dibantu oleh Tenaga Pengajar
- 01
Mohd Adam bin Jab
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 02
Jasni bin Mohd Shariff
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- 03
Nurhayani bt Ismuel@Esmail
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 04
Harith Zubairi bin Abdul Rahim
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV5)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kursus yang Ditawarkan
Sijil Teknologi Percetakan Digital
Program latihan yang memberi pendedahan kepada teknologi percetakan digital, pengendalian mesin, sistem RIP, pengurusan warna, penyelenggaraan dan aplikasi digital dalam industri.
Lihat Butiran Kursus →Menguasai Teknologi Percetakan Masa Hadapan
Membina tenaga mahir yang kompeten dalam teknologi percetakan digital, pengurusan warna, sistem digital dan penyelenggaraan mesin bagi memenuhi keperluan industri moden.






