Bahagian Kawalan
Kualiti dan Latihan
Memastikan pelaksanaan latihan kemahiran berkualiti, sistematik dan selaras dengan kurikulum, persijilan serta keperluan industri.
Lihat Objektif →
Kawalan Kualiti Latihan
Unit Kawalan Kualiti Latihan bertanggungjawab dalam mengendalikan dan memantau kursus-kursus kemahiran jangka panjang bagi lepasan SPM dan sijil. Unit ini turut mengendalikan kursus jangka pendek kepada pekerja mahir dan separa mahir daripada industri berkaitan bagi memberi peluang pembelajaran secara berterusan.
Selain itu, unit ini memastikan segala perancangan berkaitan program latihan dilaksanakan dengan teliti bagi mencapai tahap kualiti yang tinggi serta memenuhi keperluan dan kehendak industri.
Objektif
Memperkasa Kualiti Latihan
Lima fokus utama dalam memastikan pelaksanaan latihan, pembangunan bahan pembelajaran dan persijilan dapat dilaksanakan secara sistematik.
- 01
Menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di ILP Arumugam Pillai agar memenuhi dan menepati kurikulum serta syarat-syarat persijilan yang telah ditetapkan.
- 02
Menyelaras dan menyediakan pembangunan bahan latihan, panduan pembelajaran dan pengajar supaya latihan berjalan lancar serta dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan.
- 03
Merancang dan menyelaras kursus jangka pendek kepada pihak industri.
- 04
Menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- 05
Menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat Institut dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
Sistem Latihan Dual Nasional
Menyelaras pelaksanaan latihan berasaskan kerjasama antara institusi dan pihak industri bagi memperkukuh pembangunan kemahiran perantis.
- 01
Promosi dan pendaftaran industri.
- 02
Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- 03
Penempatan perantis SLDN.
- 04
Menyelaras peperiksaan dan persijilan SKM.
Pasukan Kami
Nor Samida bt Yaacob
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Pasukan Latihan Vokasional
- 01
Hafizah bt Mohamad Deli
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 02
Noorismaliana bt Ismail
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV5)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Latihan Berkualiti, Tenaga Mahir Berdaya Saing
Kawalan kualiti latihan yang berterusan menjadi asas dalam memastikan setiap program yang dilaksanakan sentiasa relevan, berkualiti dan memenuhi keperluan industri serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran.






