SOALAN LAZIM
Frequently Asked Questions
Temui jawapan kepada persoalan lazim berkaitan program, kemasukan, latihan, kemudahan dan pengajian di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.
Umum
Apa itu ADTEC JTM?
ADTEC JTM adalah sebuah institusi pendidikan Kolej Teknologi Termaju (Advanced Technology Training Center - ADTEC) di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia.
Berapakah jangka masa untuk mengikuti latihan tersebut?
Jangka masa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun, tempoh tersebut bergantung kepada program yang ingin diikuti sama ada sijil, diploma atau diploma lanjutan.
Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ADTEC JTM?
JTM pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur bagi membolehkan semua masyarakat mengikuti latihan di ADTEC JTM, selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
Namun demikian, atas beberapa faktor tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya, penetapan umur perlu ditetapkan iaitu antara 17 hingga 35 tahun, bergantung kepada program yang ingin diikuti.
Mereka yang tidak memenuhi had umur tersebut masih boleh mengikuti beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ditawarkan di ADTEC JTM.
Adakah lepasan ADTEC JTM boleh melanjutkan pelajaran?
Ya. Lepasan ADTEC JTM berpeluang untuk meneruskan latihan sama ada di ADTEC JTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
Adakah kursus-kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
Kesemua kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus-kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta dan industri.
Peluang pekerjaan merangkumi pelbagai sektor industri yang berkaitan.
Program Yang Ditawarkan
Apakah kursus yang ditawarkan oleh ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal?
Antara program yang ditawarkan ialah:
Mengapa saya harus memilih ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal sebagai institusi pilihan pertama?
ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal harus menjadi pilihan pertama anda kerana anda akan dibekalkan dengan latihan kemahiran yang teratur berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Pelajar turut dibimbing oleh tenaga pengajar yang mahir serta menggunakan kemudahan dan peralatan latihan yang canggih dan terkini selaras dengan pembangunan industri.
Kemasukan & Permohonan
Apakah kelayakan yang membolehkan seseorang memohon untuk mengikuti latihan di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal?
Syarat-syarat kemasukan am bagi kursus sijil adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Berumur 17 tahun ke atas.
Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus SPM. Walau bagaimanapun, kelayakan ini tertakluk kepada kursus yang dipohon.
Sila rujuk kelayakan akademik dalam keterangan Kursus > Kursus Sepenuh Masa bagi syarat khusus setiap program.
Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Di mana dan bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan?
Permohonan ke ADTEC JTM dibuka sebanyak dua kali setahun, iaitu kira-kira sebulan sebelum bulan pengambilan.
Permohonan dibuka secara dalam talian melalui portal permohonan TVET.
Mohon Secara Dalam Talian ↗Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan bagi sesi berkenaan akan diproses untuk kemasukan sesi yang akan datang.
Pengajian & Laluan Kerjaya
Di manakah saya boleh menyambung pelajaran selepas tamat latihan di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal?
Anda boleh menyambung pelajaran ke institusi Latihan Kemahiran sama ada di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MARA.
Antara institusi lain yang menawarkan peringkat diploma selepas sijil ialah Japan-Malaysia Technical Institute (JMTI), yang menawarkan latihan sehingga ke peringkat Diploma Lanjutan.
Institusi lain termasuk Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan institusi lain yang menawarkan diploma kemahiran.
Adakah sijil lulusan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal diiktiraf oleh kerajaan Malaysia?
Sijil yang dikeluarkan oleh ADTEC JTM diiktiraf melalui sistem pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kebanyakan lulusan ADTEC JTM berpeluang memperoleh pekerjaan di pelbagai sektor.
Apakah sistem pembelajaran dan pentauliahan yang diamalkan di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal?
Para graduan lepasan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Silibus yang digunakan adalah berdasarkan NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan oleh JPK, dengan tambahan beberapa pakej pembelajaran oleh JTM.
Ini membolehkan graduan dianugerahkan Sijil Teknologi JTM pada masa yang sama.
Apakah perbezaan antara sistem kemahiran yang dijalankan di ADTEC JTM dan institusi aliran akademik?
Di ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, proses pembelajaran adalah berasaskan 70% kemahiran dan 30% teori.
Kebanyakan pembelajaran memberi peluang kepada pelajar melakukan sendiri kerja-kerja berkaitan bagi memberikan pengalaman menghadapi suasana kerja sebenar.
Makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin serta peralatan yang digunakan dalam sektor industri.
Lepasan institut ini akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK serta Sijil Teknologi oleh JTM.
Berapakah tempoh untuk menamatkan pelajaran di sini?
Tempoh tersebut termasuk Latihan Industri selama 3 bulan, berdasarkan kursus yang diikuti.
Kemudahan & Penempatan
Bagaimana dengan penempatan pelajar?
ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal menyediakan kemudahan asrama secara percuma kepada semua pelajar ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.
Makanan dan minuman juga disediakan secara percuma untuk penghuni asrama.
Apakah kemudahan yang disediakan untuk pelajar?
Dilengkapi dengan kemudahan internet untuk kegunaan pelajar.
Dilengkapi dengan mesin dan peralatan latihan.
Kemudahan untuk aktiviti pembelajaran dan program.
Digunakan bagi pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Kemudahan untuk penghuni asrama.
Kemudahan sokongan untuk keselesaan dan aktiviti pelajar.
ADTEC JTM di Malaysia
Berapakah bilangan Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia yang terdapat di Malaysia?
Dapatkan maklumat lanjut mengenai ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.
Temui program pengajian, syarat kemasukan dan maklumat permohonan yang sesuai dengan minat anda.






