Teknologi
Elektrik 3 Fasa
Membina kemahiran dalam pendawaian, pemasangan, pengujian dan penyelenggaraan sistem elektrik domestik serta industri berasaskan amalan keselamatan dan piawaian industri.
Kenali Program →
Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa
Pelajar dilatih dalam kaedah mendawai, memasang, mengendalikan dan menguji sistem pendawaian satu fasa dan tiga fasa bagi aplikasi domestik serta industri.
Latihan turut merangkumi pengesanan dan pembaikan kerosakan peralatan elektrik, pengendalian serta penyelenggaraan janakuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian yang ditetapkan.
Apa yang Dipelajari?
Sistem 1 Fasa & 3 Fasa
Mempelajari kaedah pendawaian, pemasangan, pengendalian dan pengujian sistem elektrik bagi aplikasi domestik dan industri.
Mengesan & Membaiki Kerosakan
Pelajar dilatih mengenal pasti punca kerosakan serta menjalankan kerja-kerja pembaikan pada peralatan dan sistem elektrik.
Motor & Janakuasa
Mempelajari pengendalian, kawalan dan kerja penyelenggaraan motor, janakuasa serta peralatan elektrik yang digunakan dalam industri.
Amalan Kerja Selamat
Latihan menitikberatkan aspek keselamatan, pengetahuan teknikal serta amalan kerja yang sesuai dengan keperluan bidang elektrik.
Latihan Berasaskan Amali
2 Tahun
Tempoh latihan adalah selama dua tahun yang merangkumi empat semester.
Teori & Amali
Penekanan diberikan kepada latihan amali bagi membolehkan pelajar membina kemahiran teknikal melalui pengalaman kerja di bengkel dan industri.
Pensijilan
Sijil & Kompetensi
- 01
Sijil Teknologi Perindustrian yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
- 02
Sijil Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal – PW2 oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
- 03
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- 04
Sijil Pendawaian Elektrik Tiga Fasa – PW4 oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Laluan Kemasukan
Kelayakan Sijil Elektrik Satu Fasa
Kursus Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa hanya dibuka kepada calon yang telah mempunyai Sijil Teknologi Elektrik Satu Fasa atau Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (PW2).
Peluang Kerjaya
Bidang Elektrik
- ✓
Juruelektrik
- ✓
Pendawai Elektrik
- ✓
Penjaga Jentera Elektrik
- ✓
Penyelia dalam bidang elektrik
Peluang Perniagaan
Graduan yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran yang diperlukan berpeluang mengembangkan kerjaya dengan menjalankan perniagaan sendiri sebagai kontraktor elektrik, tertakluk kepada syarat dan keperluan pihak berkuasa berkaitan.
Objektif Kursus
Melahirkan Tenaga Mahir Berdaya Saing
Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pendawaian domestik dan industri tiga fasa dengan menitikberatkan pengalaman amali, keselamatan serta pengetahuan teknikal.
Latihan yang mendalam di bengkel dan industri membantu pelajar menghadapi masalah serta risiko dalam kerja harian dan meningkatkan keupayaan menggunakan peralatan serta teknologi moden.
Program ini juga menyokong usaha melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meningkatkan kemahiran pekerja industri agar dapat memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada pembangunan negara.
Pasukan Teknologi Elektrik
Ts. Nurul Hanida bt Abdul Wahab
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Ts. Alwary Suhaimy bin Johari
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)
Dibantu oleh Tenaga Pengajar
- 01
Ku Azmi bin Ku Ishak
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 02
Mohd Nizam bin Mat Noh
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- 03
Mohd Hamidi bin Saidin
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 04
Fakhrul Dahri bin Basir
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- 05
Hajar Aswad @ Zulkifli bin Mohamad
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. - 06
Dadie Akmal bin Shamsuri
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV6)This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kursus yang Ditawarkan
Sijil Teknologi Elektrik 3 Fasa
Program latihan dalam bidang pendawaian elektrik satu fasa dan tiga fasa, penyelenggaraan, pengujian, motor, janakuasa serta peralatan elektrik industri.
Lihat Butiran Kursus →Membina Kemahiran Elektrik untuk Industri
Melahirkan tenaga mahir yang kompeten, berdisiplin dan mengutamakan keselamatan melalui latihan teknikal serta amali yang berorientasikan keperluan industri.






