DIGITAL (2)

Bahagian Teknologi Percetakan Digital

Kursus ini menambahkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam mengendalikan pelbagai mesin percetakan digital yang terkini dan pelbagai jenis seperti flatbed printer, press printer, roller printer dan lain-lain lagi. Pelajar berpeluang untuk mencuba menggunakan kesemua mesin pencetak digital tersebut dengan membuat cetakan  ke atas material cetak yang bersesuaian seperti kertas, kain plastik, kaca dan sebagainya (mengikut kesesuaian mesin pencetak digital).

Pelajar terlebih dahulu akan diajar cara-cara untuk membuat Image Editing menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator terhadap imej dan tulisan yang ingin dicetak. Pelajar juga akan mempelajari langkah-langkah keselamatan dalam mengendalikan mesin pencetak digital, membina rangkaian 'server' untuk sebuah kumpulan mesin percetakan digital dan workstation dan mempelajari penggunaan pelbagai jenis RIP System yang bersesuaian dengan setiap mesin percetakan untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan percetakan. Pelajar juga akan diajar untuk memeriksa kualiti mutu hasil cetak mengikut standard yang dikehendaki, teknik-teknik dalam menghasilkan warna cetakan lebih tepat dan optimun (Color Managemnet) serta kaedah penyelenggaraan mesin dengan betul.

Peluang -peluang pekerjaan juga lebih luas kerana bukan hanya tertumpu kepada pengendalian mesin pencetak digital sahaja malah Juruteknik Percetakan Digital mampu mengendalikan sebarang aplikasi atau perisian bagi mesin pencetak yang boleh diakses melalui capaian internet (cth Printer Mobile Apps). Oleh yang demikian peluang pekerjaan dalam bidang ini lebih meluas seperti Digital Media Technician, Digital Printer Maintenance Technician, Printing Service Technician, Operator/Penyelia Mesin Cetak Digital, Mobile Application Assistance Developer dan Assistance Web Designer.

     
Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran  
Mohd Hafiz bin Abu Bakar  
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)  
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
   
Ketua Bahagian Teknologi Percetakan Digital  
zarina Marian bt Ridzwan  
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)  
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
   
Dibantu oleh tenaga pengajar        
Jasni bin Mohd Shariff   Mohd Adam bin Jab    
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)   Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)    
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    
         
Zuriyani bt Sanusi   Harith Zubairi bin Abdul Rahim    
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)   Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV5)    
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    
         

Kursus yang ditawarkan

SIJIL TEKNOLOGI PERCETAKAN DIGITAL

  • 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 27 Ogos 2026 (K...

    Baca selanjutnya

  • 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 27 Ogos 2026 (Khamis) NIBO...

    Baca selanjutnya

  • 21 Ogos 2026 (Jumaat) Pihak JK Surau Al Munawwir dan BPPL ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal tela...

    Baca selanjutnya

  • 19 Ogos 2026 (Rabu) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah mengadakan Perhimpunan Pelajar Bulan...

    Baca selanjutnya

  • No module Published on Offcanvas position