Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampus

Aktiviti Pelajar
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹

27 Ogos 2026 (Khamis) NIBONG TEBAL โ€“ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul 1448H Peringkat ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dengan kerjasama Biro Keagamaan & Kebudayaan, MPP ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2026 dan Rakan Belia Musleh ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.

Program yang berlangsung di Auditorium ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal ini diserikan dengan penglibatan warga kerja dan para pelajar dalam suasana penuh penghayatan dan kemeriahan, sekali gus menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program dimulakan dengan perarakan staf dan pelajar yang bermula dari Pintu Pagar Utama ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal menuju ke auditorium. Perarakan tersebut bukan sahaja menyemarakkan suasana sambutan, malah menjadi simbolik dalam menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW serta menghayati perjuangan dan teladan Baginda.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa, alunan Nasyid Asmaul Husna serta ucapan oleh Timbalan Pengarah Operasi ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal. Suasana majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan Kumpulan Qasidah Soutul Jabbar yang menyampaikan alunan qasidah dalam suasana penuh kerohanian.

Acara kemuncak sambutan ialah ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Mohamad Moqti bin Ahmad, bertemakan โ€œMeneladani Akhlak Rasulullah SAW Membentuk Ummah Madaniโ€. Perkongsian tersebut memberikan penghayatan kepada para peserta mengenai kepentingan mencontohi akhlak, keperibadian dan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan serta menggalakkan penglibatan aktif warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal, beberapa pertandingan turut dianjurkan, antaranya Kuiz Online Maulidur Rasul, Pertandingan Azan, Pertandingan Poster Maulidur Rasul dan Pertandingan Perarakan Terbaik Maulidur Rasul.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kesemua pertandingan sebagai tanda penghargaan atas penyertaan, kreativiti, kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan.

Program kemudiannya diakhiri dengan sesi bersurai. Pada sebelah malam, aktiviti kerohanian khas untuk para pelajar turut dilaksanakan sebagai kesinambungan pengisian sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H.

Semoga penganjuran program ini dapat menyemai rasa cinta yang lebih mendalam kepada Rasulullah SAW serta membentuk warga ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, malah mempunyai akhlak terpuji, jati diri yang kukuh dan keperibadian unggul berlandaskan teladan Rasulullah SAW.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position