Perlawanan Bola Tampar Sesi 2/2026

๐๐„๐‘๐‹๐€๐–๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐“๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐๐€๐‹ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

7โ€“9 SEPTEMBER 2026 โ€“ Perlawanan Bola Tampar Peringkat ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2/2026 telah berlangsung dengan meriah selama tiga hari, bermula 7 hingga 9 September 2026, dengan penyertaan tujuh kumpulan yang terdiri daripada pelajar lelaki kampus berkenaan.

Program ini dianjurkan oleh Biro Sukan dan Kebajikan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2026 sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti sukan dan riadah, di samping memupuk gaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam kalangan warga pelajar.

Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta berpeluang menunjukkan kemahiran, ketangkasan dan strategi permainan masing-masing dalam suasana persaingan yang sihat. Aktiviti ini turut menggalakkan semangat kerjasama berpasukan, disiplin dan komunikasi bagi mencapai matlamat bersama.

Penganjuran perlawanan ini juga menjadi platform kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dan potensi dalam bidang sukan, selain mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat persahabatan antara peserta.

Diharapkan agar program sukan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemarakkan budaya bersukan dan mewujudkan persekitaran kampus yang aktif, sihat serta harmoni.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua tujuh kumpulan yang telah mengambil bahagian. Semoga semangat kesukanan, kerjasama dan persahabatan yang terjalin sepanjang pertandingan ini terus diperkukuh dalam aktiviti yang akan datang.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position