BTC (2)

Bahagian Teknologi Percetakan

Sijil Teknologi Percetakan Ofset

Kursus ini mengandungi teori dan praktikal dalam bidang Percetakan Ofset. Percetakan Ofset melatih pelajar bagi menghasilkan produk-produk yang meluas di pasaran seperti buku, majalah, poster dan kotak produk yang mana bahan asasnya adalah daripada kertas dan dakwat.

Pada dasarnya para pelajar akan didedahkan dengan Prosedur Keselematan, Operasi mesin dan penyelenggaraan mesin cetak Ofset. Para pelajar akan dilatih dengan kemahiran terkini mengendalikan mesin cetak Ofset 1, 2 dan 4 warna.

Selain itu, pelajar-pelajar akan mencapai kompentesi dalam bahagian penyudah iaitu proses terakhir dalam penghasilan produk bercetak. Dalam bidang percetakan Offset kualiti produk merupakan faktor penting justeru itu pelajar akan dilatih dengan teori dan praktikal berkenaan Kualiti Kawalan Warna.

Peningkatan permintaan sebagai Operator, Penyelia dan Pengurus Percetakan bagi industri percetakan di Malaysia mengalakkan lagi peluang pekerjaan. Peluang memulakan perniagaan sendiri bagi yang kompeten sentiasa terbuka luas atas keperluan permintaan yang tinggi terhadap produk-produk cetakan.

Objektif kursus Jurucetak Lithographic ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin cetak. Ia menjurus kepada latihan teori/amali di samping pengetahuan tentang keselamatan, teknik kawalan mutu cetak, kaedah penyelenggaraan yang betul dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar mempunyai persediaan sebagai operator mesin cetak.​

 

Diploma Teknologi Percetakan

Sebagai pemegang Diploma dalam bidang percetakan penyeliaan dan pengurusan memainkan peranan yang penting. Atas faktor ini setiap pelajar akan didedahkan dan dilatih berkenaan kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai seorang penyelia dn pengurus di industri percetakan.

Pelajar berkemahiran dalam menyelia dan mengurus Proses Kawalan Pengeluaran Cetakan bermula dari proses menghasilkan rekabentuk hingga proses cetakan. Selain itu, pelajar yang kompeten untuk mengurus bahan cetakan serta kawalan kos perbelanjaan seperti kertas, dakwat dan bahan kimia.

Pengurusan risiko-risiko dalam percetakan dan pengurusan penyelenggaraan mesin juga menjadi salah satu kriteria wajib dalam silibus pembelajaran.

Kursus Diploma Percetakan merupakan kursus ditawarkan pertama akli oleh Jabatan Tenaga Manusia berdasarkan permintaan yang tinggi bagi pasaran industri percetakan di Malaysia. Kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini membuka peluang pekerjaan yang luas kepada para graduan Diploma Percetakan.

​Objektif kursus Diploma Percetakan ialah memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan pengurusan percetakan. Ia menjurus kepada latihan teori/amali di samping pengetahuan tentang keselamatan, teknik kawalan mutu cetak, kaedah penyelenggaraan yang betul dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar mempunyai persediaan sebagai pengurus percetakan.

 

     
Ketua Jabatan Mekanikal & Pengeluaran  
Mohd Hafiz bin Abu Bakar  
Pegawai Latihan Vokasional (DV10)  
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
   
        
Ketua Bahagian Teknologi Cetak  
Mohd Firdaus bin Asrani  
Pegawai Latihan Vokasional (DV9)  
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  
         
Dibantu oleh tenaga pengajar        
Mohd Sofian bin Salleh   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   Muhammad Muizz bin Antong
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV8)   Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)   Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
         
Tc. Hashim bin Sulaiman   Ts. Nantha Kumara a/l Periasamy    
Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV29)    Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV7)    
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    
         
COE        
Muhammad Taufiq bin Abdul Khalid      
Pegawai Latihan Vokasional (DV9)      
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.        

Kursus yang ditawarkan

SIJIL TEKNOLOGI PERCETAKAN OFSET

DIPLOMA TEKNOLOGI PERCETAKAN

  • 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐒 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 27 Ogos 2026 (K...

    Baca selanjutnya

  • 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐔 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 27 Ogos 2026 (Khamis) NIBO...

    Baca selanjutnya

  • 21 Ogos 2026 (Jumaat) Pihak JK Surau Al Munawwir dan BPPL ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal tela...

    Baca selanjutnya

  • 19 Ogos 2026 (Rabu) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah mengadakan Perhimpunan Pelajar Bulan...

    Baca selanjutnya

  • No module Published on Offcanvas position