
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
28 SEPTEMBER 2026 โ ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah menganjurkan Program Taklimat Kepimpinan dan Pengurusan serta Ceramah Pembangunan Diri khusus untuk pelajar India dengan kerjasama Malaysia Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang.
Program yang berlangsung pada hari Isnin, dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam di Dewan Sukan ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal ini bertujuan memberikan pendedahan dan bimbingan kepada para pelajar dalam aspek kepimpinan, pengurusan diri serta pembangunan sahsiah.
Antara pengisian utama program ialah penerapan nilai-nilai murni, pembentukan disiplin, pemupukan sikap bertanggungjawab dan pengukuhan jati diri. Perkongsian yang disampaikan diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan membentuk keperibadian yang positif serta mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian.
Penganjuran program ini turut menjadi platform untuk memberikan motivasi kepada para pelajar agar terus membangunkan potensi diri, meningkatkan keyakinan serta mempersiapkan diri menghadapi cabaran kehidupan dan alam pekerjaan.
ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan penghargaan kepada Malaysia Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Jalinan kerjasama seumpama ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong pembangunan sahsiah dan pembentukan generasi muda yang berkualiti.
Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan mempunyai jati diri yang positif, selaras dengan usaha membentuk graduan TVET yang seimbang dari aspek kemahiran teknikal dan pembangunan peribadi.






