
17 โ 19 Ogos 2026 (Isnin โ Rabu) : ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal terus merancakkan aktiviti sukan pelajar menerusi Kejohanan Sepak Takraw ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 17 hingga 19 Ogos 2026, bertempat di Gelanggang Sepak Takraw ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal.
Kejohanan anjuran Biro Sukan & Kebajikan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal Sesi 2026 ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar. Penganjuran kejohanan menjadi salah satu platform bagi menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti sukan, di samping menerapkan nilai kesukanan, disiplin, kerjasama, daya saing dan semangat ukhuwah.
Pertandingan berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kompetitif apabila setiap pasukan berusaha menampilkan aksi terbaik bagi merebut kejuaraan. Semangat kesukanan yang ditonjolkan para peserta turut menyerlahkan nilai kerja berpasukan dan sikap saling menghormati sepanjang kejohanan berlangsung.
Kemuncak kejohanan menyaksikan Balik Awal muncul sebagai Johan, diikuti Jaguar yang berjaya merangkul Naib Johan. Sementara itu, Mana melengkapkan kedudukan tiga pasukan terbaik dengan meraih Tempat Ketiga.
๐ Johan: Balik Awal
๐ฅ Naib Johan: Jaguar
๐ฅ Tempat Ketiga: Mana
Kejohanan ini bukan sekadar medan persaingan untuk mengembangkan bakat dan kemahiran dalam sukan sepak takraw, malah turut menjadi wadah dalam membina keyakinan diri, memperkukuh semangat berpasukan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar.
Penganjuran aktiviti seumpama ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal dalam menyediakan ruang pembangunan pelajar yang seimbang melalui penglibatan dalam aktiviti akademik, kemahiran, kokurikulum dan sukan.
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan dan peserta yang telah mengambil bahagian serta menjayakan Kejohanan Sepak Takraw ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal 2026. Semoga semangat kesukanan dan kebersamaan yang dizahirkan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar di masa hadapan.






