Kursus Jangka Pendek - Penyelenggaraan Kenderaan

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐†๐ˆ๐† ๐๐”๐Œ๐ˆ๐๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐†

๐Ÿ๐Ÿ—-๐Ÿ๐ŸŽ & ๐Ÿ๐Ÿ”-๐Ÿ๐Ÿ• ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Sesi latihan amali (hands-on) bagi Kursus Asas Penyelenggaraan Kenderaan anjuran ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 20 orang peserta di bawah inisiatif Program Pemerkasaan dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.

Bagi memastikan keberkesanan pembelajaran dan penguasaan kemahiran teknikal, peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Pendekatan ini membolehkan setiap peserta mendapat bimbingan yang lebih berfokus daripada pengajar serta peluang untuk mempraktikkan sendiri kemahiran yang dipelajari sepanjang kursus.

Sepanjang latihan, para peserta telah mengikuti empat modul utama, iaitu sistem tayar, penyelenggaraan asas kenderaan, sistem elektrik kenderaan dan sistem enjin kenderaan.

Bagi modul sistem tayar, peserta didedahkan kepada kaedah pemeriksaan keadaan dan keselamatan tayar serta teknik menampal tayar bocor. Modul penyelenggaraan asas pula merangkumi amali penukaran minyak enjin dan penapis minyak, pemeriksaan tahap cecair penyejuk (coolant), radiator serta sistem penyejukan enjin.

Dalam modul sistem elektrik kenderaan, peserta mempelajari asas penyelenggaraan pendawaian, relay, bateri dan motor penghidup (starter motor), selain teknik penggunaan multimeter dan alat pengimbas OBD II. Sementara itu, modul sistem enjin memberi penekanan kepada pemeriksaan tekanan enjin, penyelenggaraan palam pencucuh (spark plug) dan kaedah mengesan kebocoran.

Sebagai nilai tambah kepada pelaksanaan kursus, setiap peserta turut dibekalkan dengan satu set kotak alatan (toolbox) atau Kit Penyelenggaraan Asas yang mengandungi peralatan penting seperti kit membaiki tayar, multimeter, set sepana dan pelbagai alatan lain. Pembekalan ini membolehkan peserta mempraktikkan kemahiran yang dipelajari serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan asas kenderaan selepas tamat kursus.

ADTEC JTM Kampus Nibong Tebal merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang selaku penaja serta rakan strategik utama program atas sokongan dan tajaan penuh yang diberikan menerusi inisiatif Program Pemerkasaan dan Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.

Sokongan ini amat bermakna dalam usaha memperkasa kemahiran teknikal, memperluas peluang menjana pendapatan dan menyokong kelestarian pendapatan dalam kalangan pekerja ekonomi gig di Pulau Pinang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan ilmu, kemahiran praktikal dan kelengkapan yang dibekalkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya, sama ada untuk mengurangkan kos penyelenggaraan kenderaan sendiri mahupun sebagai peluang menjana pendapatan tambahan pada masa hadapan.

โ€œ๐™€๐’Ž๐™ฅ๐’๐™ฌ๐’†๐™ง๐’Š๐™ฃ๐’ˆ ๐‘บ๐™ ๐’Š๐™ก๐’๐™จ, ๐‘ฐ๐™œ๐’๐™ž๐’•๐™ž๐’๐™œ ๐™๐’–๐™ฉ๐’–๐™ง๐’†๐™จโ€
โ€œ๐‘ด๐™š๐’Ž๐™ฅ๐’†๐™ง๐’Œ๐™–๐’”๐™– ๐™†๐’†๐™ข๐’‚๐™๐’Š๐™ง๐’‚๐™ฃ, ๐‘ด๐™š๐’๐™ฎ๐’†๐™ข๐’‚๐™ง๐’‚๐™ ๐’Œ๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’”๐™– ๐™ƒ๐’‚๐™™๐’‚๐™ฅ๐’‚๐™ฃโ€
No module Published on Offcanvas position