Laporan Aktiviti CoSE April 2018
Pada 16 hingga 19 April 2018 yang lepas seramai 13 kakitangan yang terdiri daripada pengajar kursus Teknologi Percetakan Digital dan Grafik ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal dan ILP Kuala Lumpur telah menghadiri Program Pembangunan Kepakaran dan Latihan Semula Pengajar TVET ILJTM 2018 – Kursus Reka Penerbitan Digital: Adobe In Design (ePUB). Kursus ini telah berlangsung di ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal dengan menjemput penceramah dari luar En. Azree Hanifiah.
Kursus ini mengkhususkan kepada penggunaan perisian Adobe InDesign dan Sigil bagi menerbitkan dokumen digital seperti eBook (PDF) dan ePublishing (EPUB).Penerbitan eBook seperti ini mendapat tempat di hati pengguna kerana lebih menarik disebabkan maklumat yang lengkap dari segi teks, gambar, audio dan video, dapat melindungi bahan terbitan daripada rosak, hilang atau basah kerana ianya tidak dicetak tetapi disimpan di dalam media eletronik dan ianya lebih mudah dan jimat diterbitkan dan dipasarkan dibandingkan dengan buku cetak kerana hanya perlu menggunakan media sosial seperti website, kelas maya, email dan media digital yang lain.
Sepanjang kursus ini, segala teknik penerbitan dan pengurusan untuk menghasilkan sesebuah ePublishing atau eBook yang kelihatan lebih menarik dan mudah difahami diperkenalkan malah boleh dipasarkan dan dijual kepada umum. Kursus ini juga akan mengajar tentang prosedur dalam menerbitkan sesebuah hasil kerja eBook supaya hakcipta penerbitan terpelihara serta memberi idea – idea dalam menghasilkan topik – topik eBook mengikut perkembangan terkini. Kursus ini memenuhi keperluan teknologi semasa termasuk bidang percetakan digital kerana mengkhususkan konsep penerbitan sesebuah buku selain daripada dicetakkan.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...