Laporan Aktiviti CoSE Julai 2018
Program Succession Planning melibatkan aktiviti transfer knowledge daripada pengajar pakar percetakan ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal iaitu En. Muhammad Mu’izz Bin Antong, En. Mohd Noor Bin Mat Salleh, En. Mohd Hamadi Bin Othman dan En. Nantha Kumara A/L Periasamy kepada pengajar – pengajar Bengkel Teknologi Percetakan Cetak, Grafik dan Digital ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal.
Di dalam aktiviti tersebut semua pengajar membantu dan belajar sepanjang penyediaan mencetak Buku Konvokesyen ILJTM 2018 dengan dipantau oleh pengajar pakar tersebut. Aktiviti berjalan pada 21 Julai hingga 28 Julai 2018.
Laporan Aktiviti CoSE Mei 2018
Pada 2 hingga 15 Mei 2018 yang lepas, 2 orang pengajar iaitu En. Mohd Noor Bin Mat Salleh dan En. Nantha Kumara A/L Periasamy dari Bengkel Teknologi Percetakan Cetak ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal telah menjalani Latihan Sangkutan Industri (LSI) di GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd di Sungai Bakap Pulai Pinang.
Tujuan Latihan Sangkutan Industri di buat sini adalah untuk memberi pendedahan kepada kedua – dua pegawai tersebut tentang penggunaan mesin percetakan flexo di industri tersebut di samping sebagai persediaan menggalas tanggungjawab sebagai trainer bagi program SLDN bersama GS Paperboard & Packaging Sdn Bhd di Sungai Bakap Pulai Pinang yang akan bermula dari 16 Julai hingga 21 September 2018.
Laporan Aktiviti CoSE April 2018
Pada 16 hingga 19 April 2018 yang lepas seramai 13 kakitangan yang terdiri daripada pengajar kursus Teknologi Percetakan Digital dan Grafik ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal dan ILP Kuala Lumpur telah menghadiri Program Pembangunan Kepakaran dan Latihan Semula Pengajar TVET ILJTM 2018 – Kursus Reka Penerbitan Digital: Adobe In Design (ePUB). Kursus ini telah berlangsung di ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal dengan menjemput penceramah dari luar En. Azree Hanifiah.
Kursus ini mengkhususkan kepada penggunaan perisian Adobe InDesign dan Sigil bagi menerbitkan dokumen digital seperti eBook (PDF) dan ePublishing (EPUB).Penerbitan eBook seperti ini mendapat tempat di hati pengguna kerana lebih menarik disebabkan maklumat yang lengkap dari segi teks, gambar, audio dan video, dapat melindungi bahan terbitan daripada rosak, hilang atau basah kerana ianya tidak dicetak tetapi disimpan di dalam media eletronik dan ianya lebih mudah dan jimat diterbitkan dan dipasarkan dibandingkan dengan buku cetak kerana hanya perlu menggunakan media sosial seperti website, kelas maya, email dan media digital yang lain.
Sepanjang kursus ini, segala teknik penerbitan dan pengurusan untuk menghasilkan sesebuah ePublishing atau eBook yang kelihatan lebih menarik dan mudah difahami diperkenalkan malah boleh dipasarkan dan dijual kepada umum. Kursus ini juga akan mengajar tentang prosedur dalam menerbitkan sesebuah hasil kerja eBook supaya hakcipta penerbitan terpelihara serta memberi idea – idea dalam menghasilkan topik – topik eBook mengikut perkembangan terkini. Kursus ini memenuhi keperluan teknologi semasa termasuk bidang percetakan digital kerana mengkhususkan konsep penerbitan sesebuah buku selain daripada dicetakkan.
Laporan Aktiviti CoSE Mac - April 2018
Pada 16 Mac, 6 dan 7 April serta 27 April 2018 yang lalu In House Training: Bengkel Persediaan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) & WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) 2018 telah diadakan. Seramai 10 orang pengajar dari bengkel Teknologi Grafik dan Digital serta 2 pelajar yang mewakili ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal ke Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) telah menyertai bengkel berkenaan. Kursus ini telah berlangsung di ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal dengan menjemput penceramah dari Institut Kemahiran MARA Alor Setar En Mohamad Faizon Bin Mohd Zain berkongsi ilmu dan maklumat.
Objektif bengkel ini ialah:
1.Peserta kursus akan didedahkan dengan format pertandingan dan jenis – jenis soalan yang lazimnya dikemukakan pada pertandingan itu nanti.
2.Salah satu program Peningkatan Kemahiran dan Pengetahuan bagi pengajar di Jabatan Mekanikal & Pengeluaran ILP A. Pillai Nibong Tebal di mana kesemua pengajar diberi pendedahan mengenai pertandingan kemahiran seperti ini dan seterusnya dapat membentuk pelapis peserta yang dapat mewakili Malaysia ke pertandingan kemahiran seperti ini.
3.Kursus ini juga mendedahkan lagi dengan lebih lanjut kriteria penilaian Pertandingan Kemahiran WSMB/WSMP Graphic Design Technolgy supaya peserta lebih bersedia ketika pertandingan nanti.
4.Peserta didedahkan dengan modul – modul yang penting untuk ditekankan ketika menjawab soalan pertandingan itu nanti seperti modul Corporate Identity, Packaging Design & Editorial & News Media. Peserta diajar bagaimana membuat design – design yang menarik seperti dikehendaki di dalam soalan pertandingan nanti sehinggalah ianya dicetak kemas.
Impak daripada kursus ini telah membantu salah seorang peserta WorldSkills Malaysia Pengajar (WSMP) 2018 iaitu En. Nor Hasfuat Bin Abdul Rahman berjaya hingga ke peringkat akhir pada September 2018 nanti bagi bidang Graphic Design.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...