Sijil Teknologi Rekaan Grafik
Kelayakan
Syarat am kemasukan
a) Warganegara Malaysia;
b) Boleh membaca, menulis dan mengira
c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Syarat khas program
(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;
(ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:
1. Bahasa Melayu;
2. Sejarah (bagi Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja
Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih bersedia dalam menghadapi segala masalah dalam menyediakan rekaan bahan bercetak yang berkualiti ketika berada di alam kerja sebenar.
Kursus Pereka Grafik yang dijalankan di sini adalah bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
Kemudahan latihan bengkel pereka Grafik dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut:
2 blok bengkel bagi kelengkapan grafik
2 bilik pengajar
2 bilik perbincangan
1 bilik cetakan dan scanner
2 bilik kawalan mutu
1 bilik bacaan
2 Tandas di setiap blok bengkel
2 Ruang Loker di setiap blok bengkel
Kelengkapan komputer dan perisian yang terkini.
Yang mana ke semua kemudahan latihan yang disediakan mampu menampung keperluan latihan yang dikehendaki dengan lebih sempurna,teratur dan berkesan.
Pereka Grafik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau Pembantu Pengurus Percetakan bagi syarikat percetakan. Mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal, kemahiran dan pengalaman dalam bidang ini mampu memulakan perniagaan sendiri.
Memandangkan Malaysia sekarang lebih kepada perkembangan Teknologi Maklumat bidang Percetakan juga dilihat memberi satu impak yang jelas terutama dengan berkembangnya sektor media. Industri percetakan juga memberi perhatian kepada meninggikan dan penambahan dari segi penggunaan teknologi terkini bagi memberi perkhidmatan kepada masayarakat. Sehubungan dengan itu latihan dalam bidang ini dijangka akan melahirkan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan industri negara.
Antara bidang kerjaya yang boleh diceburi Pereka Grafik, Pereka Korporat, Pereka Dalaman, Perunding Rekaan, Pereka Pembungkusan, Artis Imej Digital dan Pereka Acara.
Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP),pelajar-pelajar dalam bidang ini berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di UiTM yang menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Percetakan dan Diploma Percetakan dan bidang pereka grafik. Selain daripada itu Kursus Percetakan / Pereka Grafik yang lebih tinggi di kolej dan universiti luar negara juga menawarkan kepada mereka yang berminat.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...