Sijil Teknologi Elektrik
Kelayakan
Syarat am kemasukan
a) Warganegara Malaysia;
b) Boleh membaca, menulis dan mengira
c) Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Syarat khas program
(i) Berumur 17 hingga 35 tahun;
(ii) Lulus SPM atau setaraf dengan LULUS dalam subjek:
1. Bahasa Melayu;
2. Sejarah (Lepasan SPM 2013 dan ke atas sahaja)
3. Matematik/ Matematik Tambahan;
4. Satu (1) subjek lain selain (1), (2) dan (3)
Tempoh Latihan:
2 tahun.
Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian antara lain termasuk bekerja dengan alat-alat dan perkakas moden.
Di samping itu juga,kursus Jurulektrik yang dijalankan bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan kea rah pembangunan negara.
› 3 bilik makmal
› 1 bilik makmal ujian
› 1 bilik lukisan
› 1 makmal komputer
› 3 bilik kuliah
› 1 ruang bacaan
› 1 bilik kawalan motor
› Ruang kerja pendawaian industri
› Wiring Bay (ruang kerja domestik)
› Peralatan-peralatan dan bahan-bahan latihan yang terkini
Yang mana ke semua kemudahan latihan yang disediakan mampu menampung keperluan latihan yang dikehendaki dengan lebih sempurna,teratur dan berkesan.
Permintaan untuk Jurulektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. Keadaan ini disebabkan kekurangan Jurulektrik di sektor-sektor industri tempatan. Peluang pekerjaan terbuka luas dalam bidang industri yang mana kebanyakkan kilang-kilang masih kekurangan tenaga mahir dalam bidang elektrikal khususnya pendawai elektrik.
Dalam sektor industri,skop pekerjaannya adalahjuruteknik yang meliputi kerja-kerja pendawaian,pemasangan dan penyelenggaraan elektrikal.(maintenance technician).Jurulektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri dengan kontraktor elektrik.
Selain daripada itu,peluang pekerjaan di Syarikat-syarikat Kontraktor Pendawaiaan Elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga(ST) sangat menggalakkan dan permintaan dalam bidang pendawai elektrik adalah tinggi memandangkan kekurangan tenaga mahir yang ada di negara kita bagi menampung pembangunan indusri negara.
Setelah menamatkan latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP), pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan kursus Diploma Teknologi Eletrik Kuasa dan juga di Universiti Kuala Lumpur(UNIKL) yang menawarkan kursus pada peringkat Ijazah.Terdapat juga Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) yang menawarkan kursus kekompetanan Pendawai Elektrik Tiga Fasa (PW4) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) yang mana pelajar-pelajar berpeluang meningkatkan lagi kekompetenan dalam bidang elektrik.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...