𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐏𝐍𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐉𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐈𝐆𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍
27 Ogos 2023 (Ahad) : Pasukan Bola Jaring ILP AP Nibong Tebal telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama Puspanita Daerah Seberang Perai Selatan yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian.
Walaupun tewas dalam kejohanan ini namun Syabas dan Tahniah diucapkan di atas semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh para kakitangan dan pelajar ketika di dalam masa permainan.
Semoga kejohanan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi membudayakan masyarakat yang aktif bersukan serta memberi peluang ILP AP Nibong Tebal merebut gelaran juara pula.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...