𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐓 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟑
09 Ogos 2023 : Pelajar Diploma Teknologi Percetakan & Teknologi Percetakan Digital ILP AP Nibong Tebal dengan diiringi pensyarah telah berpeluang menyertai lawatan ke Print Technology Exhibition 2023 di MITEC Kuala Lumpur.
Pelajar-pelajar yang hadir ke lawatan itu dapat melihat pelbagai teknologi percetakan terkini, dan juga berpeluang untuk berinteraksi dengan para pakar industri yang berpengalaman. Mereka diperkenalkan kepada teknologi terkini dalam dunia percetakan, litografi ofset, percetakan digital, percetakan 3D dan banyak lagi.
Bukan sahaja itu, mereka juga telah menyertai sesi demonstrasi yang membolehkan mereka merasai pengalaman langsung dalam proses percetakan yang menarik ini.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...