ILP adalah Institut Latihan Perindustrian dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
• Sijil Pendawaian Elektrik 3 Fasa (PW4)
• Sijil Teknologi Percetakan (Cetak)
• Sijil Teknologi Percetakan (Grafik)
• Sijil Teknologi Percetakan (Digital)
• Sijil Teknologi Automotif
• Diploma Teknologi Percetakan
• Warganegara Malaysia
• Berumur 17 tahun ke atas
• Mempunyai kelulusan akademik sekurang-kurangnya lulus SPM (bagaimanapun kelayakan ini adalah tertakluk kepada kursus yang dipohon). Sila rujuk kelayakan akademik dalam keterangan Kursus>Kursus Sepenuh Masa.
Sijil yang dikeluarkan oleh ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Sistem Pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kebanyakan lulusan ILJTM tidak sukar untuk memperolehi peluang pekerjaan di pelbagai sektor.
Para graduan lepasan ILP Arumugam Pillai akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia yang di keluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Silibus yang digunakan pula adalah berdasarkan kepada NOSS atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan oleh JPK dengan tambahan beberapa pakej pembelajaran oleh JTM yang membolehkan graduan dianugerahkan Sijil Teknologi JTM dalam masa yang sama.
Di ILP Arumugam Pillai proses pembelajaran adakah berdasarkan 70% kemahiran dan 30% teori. Kebanyakan pembelajaran di sini memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan sendiri kerja-kerja bagi memberi pengalaman kepada mereka untuk menghadapi suasana kerja yang sebenar. Untuk tujuan itu, makmal dan bengkel dilengkapi dengan mesin dan perlatan yang digunakan di dalam sektor industri. Lepasan institut ini akan di anugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3 oleh JPK dan Sijil Teknologi oleh JTM.
Anda memerlukan tempoh antara 1 tahun 6 bulan hingga 2 tahun untuk melengkapkan pelajaran hingga SKM tahap 1, 2 dan 3 termasuk Latihan Industri selama 3 bulan berdasarkan kursus yang diikuti.
ILP A.Pillai menyediakan kemudahan asrama dengan percuma kepada semua pelajar ILP. Asrama kami boleh memuatkan 600 penghuni dalam satu masa iaitu 300 lelaki dan 300 perempuan. Makanan dan minuman disediakan untuk penghuni asrama secara percuma.
Antara kemudahan yang disediakan adalah Perpustakaan dan Pusat Sumber dengan kemudahan internet disediakan untuk pelajar semasa waktu bekerja. Di setiap jabatan terdapat bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan mesin dan peralatan untuk kegunaan latihan. Selain dari itu kami juga menyediakan Dewan Kuliah dan Dewan Besar untuk digunakan bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan. Di asrama pula terdapat Dewan Makan, Surau dan kemudahan Sukan untuk keselesaan pelajar.
ILJTM terdiri daripada dua puluh tiga (23) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), lapan (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI)
• Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Bintulu
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut
• Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Langat
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Tangkak
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kangar
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Baru
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri
• Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.
Loading...