𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐍𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐋𝐏 𝐀𝐑𝐔𝐌𝐔𝐆𝐀𝐌 𝐏𝐈𝐋𝐋𝐀𝐈 𝐍𝐈𝐁𝐎𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐋 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐓𝐈𝐀𝐑𝐀
30 April 2024 (Selasa) : Termeterainya satu jalinan kerjasama antara Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai Nibong Tebal dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Mutiara melalui satu majlis menandatangani dokumen Nota Kerjasama.
Kolaborasi antara dua institut ini dirasmikan melalui Nota Kerjasama yang telah ditandatangani oleh Ts. Adnan bin Ismail, Pengarah ILP APNT dan Encik Mohamad Zukhi bin Saad, Pengetua SMK Taman Mutiara.
Kerjasama ini memfokuskan kepada Perantis TVET Madani bagi bidang Teknologi Automotif yang dilaksanakan khas untuk para pelajar tingkatan 4 sekolah berkenaan. Program ini melatih para pelajar yang terlibat dalam ilmu kemahiran TVET yang mana pengajar dari institut ini menjalankan kelas setiap minggu di SMK Taman Mutiara.
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan ilmu kemahiran TVET dan peluang sambung belajar selepas alam persekolahan ke ILJTM.
Institut ini juga berusaha untuk meneroka peluang untuk menjalankan program seperti ini dalam bidang kemahiran lain dengan sekolah menengah yang berminat. Bidang lain yang kami mampu tawarkan adalah seperti Teknologi Rekabentuk Grafik, Teknologi Percetakan, Teknologi Multimedia dan Teknologi Elektrik.
Sekiranya terdapat mana-mana sekolah menengah berhasrat untuk melaksanakan program seumpama ini, boleh berhubung terus dengan pihak kami. Semoga usaha murni antara kedua-dua pihak ini dapat memberi manfaat yang sebaiknya dan memartabatkan latihan kemahiran TVET negara kita.
"𝑬𝒎𝒑𝒐𝒘𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈 𝑺𝒌𝒊𝒍𝒍𝒔, 𝑰𝒈𝒏𝒊𝒕𝒊𝒏𝒈 𝑭𝒖𝒕𝒖𝒓𝒆𝒔"
"𝑴𝒆𝒎𝒑𝒆𝒓𝒌𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒉𝒊𝒓𝒂𝒏, 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒎𝒂𝒓𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒔𝒂 𝑯𝒂𝒅𝒂𝒑𝒂𝒏"
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.