𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐄𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐄 𝐉𝐈𝐒𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐂𝐊 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃
25 April 2024 (Khamis) : 16 orang kakitangan dari kalangan pengajar ILP APNT, ILP KL dan ibu pejabat JTM telah melawat ke Kilang Jishan Pack Sdn Bhd di Nibong Tebal. Para peserta adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kepakaran Kluster Percetakan ILJTM.
Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta lawatan berkenaan industri pembungkusan iaitu salah satu cabang bidang Teknologi Percetakan. Jishan Pack Sdn Bhd merupakan syarikat yang menghasilkan produk-produk pembungkusan yang terkenal sebagai pemain utama industri berkenaan di wilayah utara tanah air.
Banyak produk-produk pembungkusan dan produk-produk lain yang berkaitan dapat dilihat dan diperhatikan oleh para peserta lawatan. Ada juga produk yang baru pertama kali dilihat oleh para peserta dan telah memberikan perasaan teruja serta kagum akan penghasilan produk berkenaan.
Semoga peluang keemasan dan amat berharga yang telah diberikan oleh pihak syarikat ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan diharapkan akan memberikan impak yang sangat positif dalam pembangunan karrier, peningkatkan kemahiran dan memberi nilai tambah kepada para peserta lawatan.
“𝙀𝒎𝙥𝒐𝙬𝒆𝙧𝒊𝙣𝒈 𝑺𝙠𝒊𝙡𝒍𝙨, 𝑰𝙜𝒏𝙞𝒕𝙞𝒏𝙜 𝙁𝒖𝙩𝒖𝙧𝒆𝙨”
“𝑴𝙚𝒎𝙥𝒆𝙧𝒌𝙖𝒔𝙖 𝙆𝒆𝙢𝒂𝙝𝒊𝙧𝒂𝙣, 𝑴𝙚𝒏𝙮𝒆𝙢𝒂𝙧𝒂𝙠𝒌𝙖𝒏 𝑴𝙖𝒔𝙖 𝙃𝒂𝙙𝒂𝙥𝒂𝙣”
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.