𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟒
24 April 2024 (Rabu) : Perhimpunan Pelajar ILP AP Nibong Tebal bagi Sesi 1/2024 dimulakan dengan anjuran dari Bengkel Tek. Litografi Ofset, Diploma Tek. Percetakan & Tek. Automotif Servis.
Dengan bertemakan suasana Hari Raya Aidilfitri, para pelajar dari bengkel berkenaan telah mengadakan persembahan yang membawa mesej yang baik sebagai pengajaran dan pendedahan budaya kepada semua para pelajar pelbagai agama di institut ini.
Penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar yang menyertai program khidmat masyarakat (CSR) dan program 'Ihya Ramadhan 1445H Peringkat ILP AP Nibong Tebal turut diberikan ketika perhimpunan semalam.
Di kesempatan ini juga barisan MPP ILP AP Nibong Tebal Sesi 2024 turut membuat bacaan ikrar atas pelantikan mereka dan menerima Watikah Pelantikan daripada Pengarah ILP AP Nibong Tebal, Ts. Adnan Bin Ismail.
Penolong Pengarah BKKL ILP AP Nibong Tebal, Pn. Zarina Marian Binti Ridzwan turut menyampaikan sesi perkongsian ilmu mengenai Sistem Penilaian ILJTM kepada para pelajar sebagai panduan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.
Hakcipta © Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel : 045956000 | Faks : 04-5956006 / 045956098 / 045956023
Laman Web : www.ilpapnt.gov.my / E-mail : maklum@jtm.gov.my
Waktu Pejabat : 8.00 pagi - 5 petang
Operasi Latihan (Kursus Jangka Pendek) : 8.00 pagi - 11 malam
Paparan terbaik menggunakan pelayar web Chrome dengan resolusi kurang atau lebih 1024 x 768.